music

Goodluck..

Batch 97, kakak abang semua, yang nak ambik result spm tu,
Andai masih diberi nafas pada hari esok. Bersyukurlah!
Ingat, apa jua keputusannya. Jangan lupa ucap syukur pada Yang Maha Esa. Kerana dengan IzinNya lah kalian masih diberi nafas untuk meneruskan perjuangan hidup, masih dapat menatap wajah ibu bapa yang senantiasa memikir cara..cara agar kalian berasa sempurna di bawah jagaan mereka, seterusnya bertemu insan yang tidak jemu memberi tunjuk ajar. Yang salah, dia betulkan. Lepas ni takde dah la orang yang akan panggil nama kita suruh baca petikan, ajar jalan penyelesaian yang betul walaupun berkali-kali kita buat salah. Hurhh..Dia tetap teguh, setia berdiri di sebelah meja..dengan tegas, petah mulutnya berbicara, jari jemari menunjuk satu per satu formula penukaran mol. Sayang cikgu Kimia, rindu cara cikgu Akaun mengajar, terasa nak belajar dgn cikgu PD, baik sgt cikgu tasawwur kita,  takkan ku lupa cikgu LK, kreatif sgt cikgu Seni, hahh cikgu MPV memang cun sayang gila!, rindu pulak cikgu IT. Semua nya sayang lah. Pengetua pun, rindu nya selalu dia bagi nasihat kat perhimpunan tapi emmm....buat endah tak endah je. Rindu sekolah, tempat menimba ilmu. Dan yang paling seronok, dapat berjumpa rakan seperjuangan masing-masing..pasti detik ini yang paling indah! Mereka sahabat kita dari dulu sampai sekarang, mereka yang buat kita happy, tapi selepas ini masing2 sudah punya haluan sendiri. Pasti akan ada airmata yang mengalir. Sedih nak tinggalkan kawan-kawan walaupun pasti, masuk U dalam M'sia je.

Andai kalian sedih mendengar result spm kalian,
La Tahzan
Sedarlah, Allah tidak akan membebani hambaNya melainkan apa yang termampu dihadapi oleh mereka. Jangan putus asa! Teruskan perjuangan! Sambung belajar. Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. Kalau nak bekerja pun, tidak menjadi masalah. Tapi ingat, ada peluang belajar, kenalah belajar. Gagal sekarang, tidak bererti kalian gagal untuk selama-lamanya. Berusahalah! In Shaa Allah, kejayaan menanti..Dah sambung belajar, dah kerja, jangan dilupa bekalan untuk dibawa ke akhirat sana! Wanita, pakaian tu jangan ketat, sendat, dan melekat terutamanya seluar. Haram tahu. Apa saja yang kita lakukan di dunia ini, ingatlah Allah. Kerjakanlah suruhanNya dan tinggalkan laranganNya. Niatlah kerana Allah. Moga hidup beroleh berkat.
Detik itu..
Ya detik itu.
Aku sedang menunggu ,
Menunggu dengan penuh. .Rasa berharap
Berharap semua yang dirancang,
Menjadi realiti dalam kehidupan

Harapan yang tak pasti
Kini jadi nyata..

Perlahan
Airmata mengalir..
Terasa ingin mencengkam semua

Namun ku gagahi juga
Sekali lagi, aku tetap menanti,
Bertahan dalam kekecewaan

"There is no more chance for me. 
            It won't change!
  I've lost my passion"

Sayang, pengharapan dan penantian yang sia-sia.
Aku tewas dengan kata hati sendiri
Sedarlah aku, kini tiba saatnya utk aku berhenti berharap dlm penantian



Susahnya,

Untuk jalani apa yang tidak ingin kita jalani.

Tapi semuanya sudah diaturkan Allah. Dia tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya. Tak perlu ragukan, Dialah sebaik-baik perancang. Bukankah setiap yang berlaku ada hikmahnya? Usah bazirkan airmata. Hidup adalah satu perjuangan. Redha dengan ketentuanNya. Tawakkal

Hidup ini bagaikan roda. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Perlunya kita berpegang pada pepatah Arab, " مَنْ جَدَّ وَجَدَ "

''Barangsiapa yang bersungguh-sungguh maka dia akan berhasil"
In Shaa Allah.